Perkasa tentang forum iktiraf komunis

Saturday, July 28, 2018

Perkasa tentang forum iktiraf komunis


SYED HASSAN SYED ALI
SYED HASSAN SYED ALI

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menggesa pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) membatalkan program berkenaan yang disifatkan sebagai menghina ribuan perajurit negara yang selama ini mempertahankan negara daripada pengganas komunis sebelum ini.

“Kita melihat ini adalah cubaan permulaan untuk mengiktiraf fahaman komunis dan menghalalkan apa sahaja pertubuhan yang berhubung kait dengan fahaman komunis.

“ Dan tidak hairan satu hari nanti parti komunis dibenarkan aktif seterusnya memenangi dalam pilihan raya umum dan sekali gus memerintah negara ini dengan dasar-dasar kuku besi,”katanya kepada mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Hassan berkata lebih malang majoriti yang terlibat dalam forum berkenaan adalah anak-anak melayu yang buta sejarah dan tidak tahu keseksaan golongan tentera yang berjuang menentang kekejaman komunis.

Perkasa berkata, program seumpama itu tidak sepatutnya dibenarkan walaupun mendapat permit kerana dibimbangi mencetus ketegangan kaum. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment