Pemandu lori beras maut terbabas
SEREMBAN - Seorang pemandu lori yang membawa muatan beras meninggal dunia ditempat kejadian, selepas lori dipandunya terbabas di Jalan Seremban - Port Dickson awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, mangsa lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pemandu lori berkenaan disahkan maut dilokasi, manakala pembantunya cedera parah.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, hasil siasatan awal yang dilakukan, kejadian berlaku disebabkan lori jenis Nissan yang dipandu mangsa terbabas sendiri.
"Siasatan di tempat kejadian, dipercayai pemandu lori itu gagal mengawal kenderaan semasa menuruni bukit dan gagal berhenti di persimpangan jalan lalu terlanggar tembok batu yang berada simpang jalan.
"Pemandu lori disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kelindan yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan,"katanya.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1)APJ 1987.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment