Cukai SST: 'Rakyat tak perlu cemas'

Saturday, July 21, 2018

Cukai SST: 'Rakyat tak perlu cemas'

Cukai SST: 'Rakyat tak perlu cemas'

YAN - Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah cukai satu aras yang hanya dikenakan kerajaan kepada pengilang dan rakyat tidak seharusnya cemas.

Ketua Kanun Amanah Kedah, Mohd Fikri Abd Rahman berkata, cukai ini dianggap sebahagian daripada kos perniagaan kepada pengilang atau pengimport.

"Ia terlalu berbeza jika mahu dibandingkan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan  (GST) sebelum ini," katanya.

Menurut Mohd Fikri, GST dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian.

"Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi pembangunan dan kemajuan sesebuah negara," katanya.

Mohd Fikri berkata, hakikatnya hampir 70 peratus daripada hasil pendapatan negara datangnya dari hasil cukai.

"Contoh barangan yang dikenakan SST adalah perabot, peti ais, televisyen, baju, kasut, beg tangan dan banyak lagi barangan lain.

"Namun begitu, ia tidaklah bersikap menyeluruh kepada barangan seperti cukai dikenakan kerajaan untuk GST jadi rakyat tidak perlu khuatir," ujarnya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment