Bola pemberian Putin diperiksa AS

Saturday, July 21, 2018

Bola pemberian Putin diperiksa AS

Bola pemberian Putin diperiksa AS

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Bola berwarna merah dan putih pemberian Presiden Rusia, Vladimir Putin kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebagai hadiah turut tidak terlepas daripada menjalani pemeriksaan keselamatan rutin.

Perkhidmatan Rahsia AS berkata, ia adalah perkara biasa bagi semua hadiah yang diberikan kepada presiden.

Pada sidang akhbar bersama selepas pertemuan 16 Julai lalu di Finland, Putin menyerahkan sebiji bola kepada Trump sebagai tanda persahabatan.

Trump berkata,  bola tersebut akan diberikan kepada anak lelakinya, Baron, 12, yang juga peminat bola sepak.

Senator Republikan, Lindsey Graham, yang juga pengkritik tegar Putin, menulis dalam Twitter selepas pertukaran itu bahawa bola berkenaan diperiksa untuk memastikan ia bebas daripada alat curi dengar dan tidak akan membenarkan ia berada dalam Rumah Putih.

Sementara itu, Pengarah Perisikan Kebangsaan, Dan Coats, memberitahu persidangan keselamatan, beliau pasti bola itu sudah diperiksa dengan teliti. - AP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment