Anggota RELA mula tugas di ESSZONE

Monday, January 1, 2018

Anggota RELA mula tugas di ESSZONE

Anggota RELA mula tugas di ESSZONE

KOTA KINABALU: Seramai 1,050 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mula bertugas di 21 Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), malam tadi.

Pengarah RELA Sabah, Mohammad Pauzi Jhumat, berkata semua anggota RELA yang terbabit itu memulakan tugas mereka tepat jam 12 tengah malam.

"Setiap pondok PKKR menempatkan lapan anggota untuk satu syif. Penugasan anggota RELA adalah selama 24 jam dengan tiga syif setiap hari.

"Kita mempunyai 21 PKKR dengan setiap PKKR itu mempunyai 50 anggota yang akan bertugas secara bergilir dengan masing-masing ada tugas sendiri seperti melakukan rondaan, manakala yang lain berada di di pondok.

"Semua anggota RELA yang terbabit sudah mendapat latihan asas RELA, bagaimanapun, mereka juga akan menjalani latihan dan kursus khas untuk penugasan bagi membantu memantau keselamatan di ESSZONE, pada bulan ini," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Semua anggota RELA itu adalah penduduk tempatan kawasan itu sendiri dan penugasan mereka hanya di darat iaitu kawasan yang ada ada komuniti.

Pada bulan lalu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kumpulan perintis 500 anggota RELA yang ditugaskan membantu memantau keselamatan ESSZONE dijadual mula beroperasi secara rasmi 1 Januari.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pergerakan anggota terbabit sedang disusun atur dan jumlahnya dijangka ditambah berdasarkan keperluan semasa dan peruntukan yang disediakan kerajaan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment