Piala Dunia 2018Cavani yakin sempat pulih

Sunday, July 1, 2018

Piala Dunia 2018Cavani yakin sempat pulih


Penyerang Paris Saint German (PSG) itu menjaringkan kedua-dua gol Uruguay sebelum dikeluarkan kerana mengalami kecederaan betis.

“Pada satu ketika, saya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Saya harap dapat cergas sepenuhnya. Saya akan melakukan segala-galanya untuk memastikan dapat bermain bersama rakan sepasukan.

“Ada rasa sakit sedikit tapi apapun sama-sama kita lihat perkembangannya selepas ini,” kata Cavani.

Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez mengakui beliau gusar dengan kecederaan yang dialami Cavani.

Cavani dibantu ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo ketika keluar padang dan digantikan dengan Cristhian Stuani pada minit ke-74 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Fisht.

“Perlawanan seterusnya akan berlangsung lima hari lagi yang mana kami tidak mempunyai banyak masa. Secara jujurnya kami berasa bimbang tetapi kami tidak tahu apa masalah sebenarnya,” kata Tabarez.

Cavani menanduk masuk umpanan Luis Suarez pada minit ketujuh dan kemudian meledak gol cantik pada minit ke-62 selepas Pepe menyamakan kedudukan untuk Portugal. â€" AFP



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment