Pelakon jelita, Dynas Mokhtar yang telah mengumumkan bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi, berkata dia sudah pun bersedia untuk menjadi seorang isteri semula selepas beberapa tahun hidup sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya matanya itu.

BACA: Dynas Mokhtar Sambut Hari Lahir Anak Penuh Meriah



“Ya, saya sudah bersedia, Insha-Allah. Sebelum ini saya menjalani kehidupan sebagai single, dan daripada situlah banyak perkara yang saya pelajari seperti memasak walaupun sebelum ini saya tak suka masak”

“Saya juga belajar untuk makan makanan yang sihat dan pergi ke gymnasium,” katanya yang ditemui di majlis pratonton filem Bukan Cinta Malaikat. Sementara itu, Dynas masih lagi merahsiakan tarikh perkahwinannya, dan akan memberitahunya tidak lama lagi.

“Tarikh perkahwinan belum lagi, ‘soon’,” katanya yang akan mengumumkannya dalam jangka masa yang terdekat ini. (rtky/h)