Anwar loya lihat keborosan, Najib, Rosmah

Wednesday, June 27, 2018

Anwar loya lihat keborosan, Najib, Rosmah

Anwar loya lihat keborosan, Najib, Rosmah

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap pendedahan nilai rampasan polis di enam hartanah berkaitan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bukti kerosakan sistem dalam negara sebelum ini.

"Saya anggap kemewahan dan keborosan ini mengaibkan dan cukup memualkan. Pendedahan ini menunjukkan betapa rosaknya sistem dalam negara yang ada semua institusi daripada kehakiman hinggalah pencegahan rasuah, tetapi perkara ini berlaku berleluasa," katanya memetik laporan Astro Awani.

Bekas timbalan perdana menteri itu menambah, nilai rampasan terbesar sejarah negara ini perlu dipandang serius oleh kepimpinan sekarang.

"Pengajarannya ialah pastikan menteri-menteri, pemimpin-pemimpin sentiasa dipantau.

"Bagaimana perbelanjaan mereka, rumah mereka, kenduri-kendara mereka, amalan biasa mereka, Jika tidak diperhalusi , tidak mustahil sejarah hitam negara ini akan berulang lagi sekali gus bertentangan dengan janji dan sumpah jawatan mereka," katanya.

Tegas Anwar, situasi ini memaksa bukan sahaja pengisytiharan harta dalam kalangan pemimpin bahkan pemantauan berterusan oleh badan-badan bebas ke atas semua menteri dan pemimpin bagi mengelak 'tragedi' sama berulang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rantai emas bernilai RM6.4j antara paling mahal dirampas]

[ARTIKEL BERKAITAN: 72 beg berisi duit, barang kemas, 284 kotak beg dirampas]



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment