Ronaldo bersara dari pentas antarabangsa?
CRISTIANO Ronaldo enggan memberi komen mengenai masa depan antarabangsanya selepas Portugal tersingkir daripada Piala Dunia apabila tewas 1-2 kepada Uruguay, awal pagi tadi.
Bintang Real Madrid itu tersingkir daripada Piala Dunia keempat dengan kekecewaan apabila dua jaringan Edinson Cavani menyaksikan Uruguay mara ke kelompok lapan terakhir.
âKini bukan masa untuk bercakap mengenai masa depan pemain dan jurulatih," katanya yang akan berusia 37 tahun pada Piala Dunia akan datang.
Mengulas mengenai kekalahan itu, Ronaldo akur dan yakin pasukannya akan bangkit dengan lebih kuat pada edisi akan datang.
âKami memiliki kumpulan pemain yang menakjubkan, muda dan bercita-cita besar dan kerana itu saya rasa pasukan ini akan kekal kuat,â tambahnya.
Sementara itu, jurulatih Portugal, Fernando Santos berharap Ronaldo akan kekal sebagai sebahagian daripada pemain antarabangsa.
âMasih banyak boleh diberikan Cristiano kepada bola sepak dan saya harap dia akan kekal dan membantu pembangunan pemain muda.
âKami ada ramai pemain muda dan sudah tentu kami semua mahukan dia berada di sana dengan kami," ujarnya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment