Remaja 19 tahun rempuh pasar raya
Remaja 19 tahun rempuh pasar raya
sumber: sinarharian
Remaja 19 tahun rempuh pasar raya
SAN ANGELO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja lelaki merempuh lori pikap dipandunya ke dalam pasar raya Walmart.
Lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai seorang remaja berusia 19 tahun bernama Caleb Wilson.
Kejadian berlaku pada pagi Khamis (28 Jun).
Tindakan remaja berkenaan menyebabkan kerosakan bernilai AS$500,000 (RM2 juta).
Sebelum insiden itu, saksi berkata bahawa mereka melihat Caleb berjalan keluar dari pasar raya itu selepas bertengkar dengan seorang wanita.
Selepas merempuh masuk pasar raya itu, Caleb melarikan diri dan melanggar satu lagi kereta di tempat letak kereta.
Dia ditahan di sebuah stesen minyak tidak lama selepas itu. - Daily Telegraph
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment