'Tiada keperluan hantar pegawai ke UK'

Friday, June 29, 2018

'Tiada keperluan hantar pegawai ke UK'

'Tiada keperluan hantar pegawai ke UK'

SHAH ALAM - Masih tidak ada keperluan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghantar pegawainya bagi menahan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang kini dilaporkan berada di United Kingdom.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, setakat ini tiada pegawai PDRM yang dihantar ke sana (United Kingdom).

Menurutnya, pihaknya akan membuat penilaian dari semasa ke semasa berhubung perkara itu.

“Setakat ini bantuan hanya daripada Polis Antarabangsa (Interpol).

“Beliau (Musa) masih belum ditahan lagi, kalau dia (Musa) balik, kita akan ambil tindakan sewajarnya. Kita akan terus memantau perkara itu dan jika ada perkembangan, tindakan akan dibuat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberitahu, Notis Merah telah dikeluarkan dan pihaknya meminta bantuan Interpol untuk mengesan Musa yang berada di UK.

Mengulas tentang Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula, setakat ini masih belum ada perkembangan lagi.

“Kita masih kerjasama dengan Polis Indonesia bagi menahan Jamal,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment