Bayar balik PTPTN tanggungjawab moral peminjam
PUTRAJAYA - Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu dilunaskan sebagai tanggungjawab moral.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, walaupun kerajaan akan mengotakan janji dan manifestonya pada PRU14, namun peminjam digalakkan membayar balik pinjaman yang telah dilakukan.
Menurutnya, kerajaan telah membuat janji dan pihaknya akan laksanakan janji-janji tersebut dan menjadi tanggungjawab moral setiap rakyat Malaysia iaitu bila mereka telah meminjam mereka harus membayar.
âIa membatasi kepercayaan agama, kita percaya bila kita ambil pinjaman, kita kena bayar balik, itu tanggungjawab moral dan perkara asas.
âKita menggalakkan peminjam membayar semula berdasarkan tanggungjawab moral untuk sesiapa yang meminjam tak kira PTPTN, hutang bank, pinjam dengan adik-beradik, ayah dan rakan-rakan. Bagi orang Islam tahu kalau tak bayar hutang kita akan dituntut akhirat nanti,â katanya dalam sidang media di Kementerian Pendidikan hari ini.
Mengulas mengenai lantikan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan yang disifatkan sebagai lantikan politik, beliau menafikan keadaan itu kerana lantikan itu dianggap sebagai satu bebanan kepada Wan Saiful kerana bekerja di dalam keadaan tidak diduga.
Katanya, beliau telah menghubungi beberapa rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang termasuk bidang ekonomi memang ia merupakan susunan tidak diduga di mana perlu berfakta untuk melunaskan janji mengenai PTPTN dalam keadaan terpaksa membayar hutang 1MDB dan berdepan dengan kewangan begitu tenat.
âPelantikan Wan Saiful sebenarnya dalam keadaan itu selain untuk menyelamatkan keadaan dalam masa yang begitu terhad,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment