Umno akan siasat calon beli undi
KUALA LUMPUR - Umno akan menyiasat aduan berkaitan tindakan membeli undi oleh calon dalam Pemilihan Umno 2018.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sekiranya ada pihak melaporkan dakwaan beli undi atau politik wang ia akan disiasat.
Bagaimanapun, menurutnya buat masa ini Umno belum menerima laporan berkaitan dakwaan itu.
"Kalau terima aduan kita akan siasat dan ambil tindakan," katanya ketika sidang media mengumumkan keputusan Pemilihan Umno 2018 di Menara Dato' Onn, malam ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ku Li dakwa wujud rasuah, beli undi]
Terdahalu, calon Presiden Umno yang tewas, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa kesal dengan khabar angin terdapat calon tertentu membeli undi dalam pemilihan kali ini.
Pada pemilihan pucuk pimpinan parti hari ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diumumkan sebagai Presiden Umno yang baharu, selepas menewaskan Tengku Razaleigh dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin serta dua lagi calon.
Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata, proses pemilihan Umno Bahagian Bakri hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan susulan kertas undi melebihi jumlah perwakilan bahagian itu.
"Bakri kita tangguhkan dulu proses pemilihan kerana pemantau di sana melaporkan banyak masalah timbul di situ.
"Buat masa keputusan hanya melibatkan 190 bahagian sahaja, Bakri ditangguhkan," ujarnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ku Li dakwa wujud rasuah, beli undi]
http://www.sinarharian.com.my/politik/ku-li-dakwa-wujud-rasuah-beli-undi-1.851042
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment