Pembekuan akaun UMNO sehingga siasatan 1MDB selesai

Saturday, June 30, 2018

Pembekuan akaun UMNO sehingga siasatan 1MDB selesai


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa, SPRM akan menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara itu termasuk mengenalpasti sumber kewangan organisasi terlibat.

“Kita nak tahu duit yang datang dari UMNO itu yang beratus juta itu daripada mana jika ia (sumber) daripada 1MDB maka duit itu harus dibagi balik.

“Kita sedang jejak asas duit yang mereka (UMNO) ambil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri PDM Makam Mahsuri, di sini hari ini.

Akhbar melaporkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO.

Pasukan tersebut dalam satu kenyataan berkata, turut dibekukan ialah akaun parti-parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB serta akaun milik persatuan dan syarikat yang juga terlibat dalam siasatan kes tersebut. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment