Calon kalah tidak akan disisih

Saturday, June 30, 2018

Calon kalah tidak akan disisih

Calon kalah tidak akan disisih

KOTA BHARU - Pihak yang kalah tidak akan disisih atau meninggalkan parti, sebaliknya dialu-alukan untuk terus bersama-sama kepimpinan yang dipilih bagi menghidupkan semula Umno.

Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman berkata, ini adalah masa untuk merapatkan saf dan terus bersatu bagi mengukuhkan parti.

“Yang kalah akan dibawa masuk untuk satukan semula, penting penyatuan balik kerana ini hanyalah pertandingan keluarga.

“Kemenangan ini adalah amanah ALLAH untuk survival Umno dan demi kelangsungan perjuangan Umno untuk memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu,” katanya kepada Sinar Harian.

Zaluzi kekal sebagai penyandang Ketua Umno Pengkalan Chepa selepas menewaskan Datuk Rahim Mohd Zain pada mesyuarat perwakilan bahagian itu bagi penggal 2018-2021 di Home Beach Village Resort, semalam.

Beliau menang dengan 319 undi berbanding Rahim yang memperoleh 137 undi sementara enam undi ditolak dan satu tidak dimasukkan ke dalam peti.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment