Ubat gigi Red Seal masuk pasaran Malaysia

Friday, June 29, 2018

Ubat gigi Red Seal masuk pasaran Malaysia

Ubat gigi Red Seal masuk pasaran Malaysia

PENGELUAR jenama ubat gigi semula jadi terkenal dari New Zealand, Red Seal Natural Toothpaste, buat pertama kali telah berada di pasaran Malaysia bagi membolehkan pengguna mempunyai pengalaman memberus gigi lebih semula jadi dan selamat.

Pengarah Antarabangsa Red Seal, Tony Robinson berkata, jenama ubat gigi tersebut terkenal di beberapa negara sebelum ini, dan kini Malaysia adalah negara seterusnya untuk dipasarkan kerana mempunyai permintaan.

“Ubat gigi semula jadi Red Seal ini, perlu dijadikan pilihan kerana dihasilkan di negara yang terkenal dengan alam semula jadinya, air yang bersih dan udara yang segar.

“Oleh itu, dengan 99 peRatus bahagian pasaran dalam kategori ubat gigi herba di New Zealand, Red Seal telah berkembang dari pangkalan yang kukuh dan tersedia di Australia, China, Korea, Jepun, Singapura, di seluruh Pasifik dan sekarang di Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran tersebut, kelmarin.

Sementara itu, Pakar Naturolatik Red Seal, Michelle Irving berkata, bahan-bahan di dalam ubat gigi tersebut dihasilkan daripada sumber semula jadi dan herba terpilih bagi melindungi gigi secara sihat.

“Antara kandungan dan herba yang terkandung di dalam ubat gigi Red Seal ini seperti ekstrak herba semula jadi dan minyak pati seperti eucalyptus, aniseed dan pudina.

“Kombinasi bahan tersebut membantu gigi sangat beralkali, mewujudkan persekitaran mulut yang menghalang pertumbuhan bakteria,” katanya.

Terdapat lima jenis ubat gigi yang diperkenalkan iaitu Natural Toothposte, Natural SLS Free Toothpaste, Baking Soda Toothpaste, Propolis Toothpaste dan Kids Toothpaste.

Harga bagi produk ini antara RM18.70 sehingga RM28.20 dan ia boleh didapati di Farmasi Caring seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web www.redseal.com.my atau www.facebook.com/RedSealMY.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment