Volvo lancar Volvo Car Leasing
VOLVO Car Malaysia baru-baru ini menandatangani satu Perjanjian Perkhidmatan Pajakan bersama MyMotor (MYEG Fintech) bagi memperkenalkan Volvo Car Leasing.
Volvo Car Leasing yang dilancarkan ini membolehkan pelanggan memandu sebuah Volvo tanpa perlu bimbang tentang insurans, cukai jalan, kos penyelenggaraan serta jaminan.
Selain itu, pada penghujung perjanjian pajakan, pelanggan juga dapat memilih untuk memandu pulang model baru, membeli kenderaan pada harga pasaran atau jaminan nilai masa depan (FGV) atau pulangkan kereta tersebut kepada pengedar.
Program itu ditawarkan ke atas semua model Volvo yang dijual di Malaysia menerusi pengedar yang terpilih. Pelanggan boleh memandu pulang sebuah Volvo baharu dengan bayaran serendah RM2,762 sebulan.
Setiap Volvo yang dipajak hadir bersama Volvo Service Agreement Plus (VSA+). Ia merangkumi satu senarai servis termasuklah komponen pakai lusuh.
Lebih menarik lagi, Volvo Car Leasing memberikan lebih fleksibiliti berbanding perjanjian jual beli konvensional.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment