Enam maut serangan ibu pejabat pasukan anti pengganas

Friday, June 29, 2018

Enam maut serangan ibu pejabat pasukan anti pengganas

Enam maut serangan ibu pejabat pasukan anti pengganas

BAMAKO - MALI. Sekurang-kurangnya enam orang maut dan beberapa lagi cedera dalam serangan ke atas sebuah ibu pejabat pasukan antipengganas G5 Sahel, Mali, semalam.

"Sejurus selepas solat Jumaat, seorang pengebom nekad dalam kenderaan yang dicat warna Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meletupkan diri di pintu masuk pangkalan G5 di Sevare. Ia satu letupan besar," kata sumber tentera di pasukan G5 Sahel.

"Kami membawa mayat dan mangsa cedera ke hospital, tetapi kami tidak tahu sama ada beberapa daripada mereka yang cedera itu sudah meninggal di hospital.

"Enam orang terbunuh dalam serangan itu," kata sumber kepada AFP.

Ia adalah serangan kali pertama terhadap ibu pejabat pasukan lima negara yang ditubuhkan pada 2017 untuk mengekang pemberontak dan kumpulan jenayah di rantau Sahel yang luas dan tidak stabil.

Serangan berlaku tiga hari sebelum berlangsungnya mesyuarat di ibu negara Nouakchott antara Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan ketua negara G5 Sahel bagi membincangkan kemajuan dilakukan pasukan tentera. -AFP.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment