Nelayan perlu jaga 17 tukun kuboid

Saturday, June 30, 2018

Nelayan perlu jaga 17 tukun kuboid

Nelayan perlu jaga 17 tukun kuboid

KUANTAN - Nelayan di Kampung Sungai Ular dan kawasan sekitarnya perlu bersama-sama menjaga 17 unit tukun tiruan yang ditempatkan di perairan Sungai Ular sebagai hak mereka.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Azahari Othman berkata, komuniti nelayan perlu memastikan setiap enam hingga 12 bulan sekali mereka perlu melakukan aktiviti membuang pukat yang tersangkut pada tukun secara bergotong-royong.

Menurutnya, pukat yang tersangkut pada tukun tiruan mengancam nyawa ikan termasuk penyu dan menyebabkan kerugian besar kepada nelayan kerana hidupan terbabit mati begitu sahaja.

“Jadi untuk elak kerugian ini, nelayan harus pastikan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat hanyut yang biasa dilakukan nelayan pantai tidak dilakukan terlalu hampir dengan tukun tiruan bagi mengelak ia tersangkut.

“Kita mendapati jumlah tangkapan nelayan terutama membabitkan ikan berkualiti tinggi bertambah antara 10 hingga 15 peratus dengan adanya tukun tiruan terutama selepas setahun tukun dilabuhkan.

“Kawasan tukun tiruan menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis ikan seperti kerapu, kerisi, merah, selar kuning dan kembung, selain udang dan sotong,” katanya selepas operasi melabuhkan tukun tiruan di perairan Sungai Ular, hari ini.

Sebanyak 17 unit tukun tiruan konkrit jenis ‘kuboid’ bernilai RM297,600 dengan setiap satu seberat lima belas tan di perairan terbabit, kali terakhir tukun tiruan jenis kiub ditempatkan di kawasan terbabit pada 2009.

Dalam pada itu, Azahari memaklumkan, jarak tukun tiruan dengan pantai di kawasan terbabit ialah kira-kira lima batu nautika dan kedalaman laut lebih 15 meter, manakala setiap tukun berada selang empat meter antara satu sama lain.

Jelasnya, setiap tukun disusun berada selang 4.5 meter antara satu sama lain manakala jarak tukun tiruan dengan pantai di kawasan terbabit.

Tambahnya, pukat tunda yang tersangkut pada tukun berbentuk empat segi itu akan pecah manakala tali penarik turut putus.

“Sejak 2006 jabatan membelanjakan kira-kira RM3 juta bagi menyediakan tukun tiruan jenis kiub, tetrapod, kiub juvenil dan kuboid di negeri ini membabitkan 207 unit di 12 lokasi daerah ini, Pekan dan Rompin.

“Tahun lalu jabatan melabuhkan 23 unit tukun tiruan konkrit jenis sama bernilai RM278,600 dengan setiap satu seberat lima tan di perairan Chempaka, Cherok Paloh dan Pantai Sepat,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment