Pendatang Yahudi musnahkan pokok zaitun
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Peneroka haram Yahudi bertindak biadab apabila membakar puluhan pokok zaitun milik petani Palestin di wilayah terkepung berhampiran Nablus di Tebing Barat, lapor Pusat Maklumat Palestin pada Jumaat.
Sumber tempatan berkata, pendatang terbabit datang dari penempatan haram Itmar.
Kehadiran sekumpulan lelaki Yahudi itu disaksikan sendiri pihak berkuasa Israel, yang bertindak memantau keselamatan mereka.
Susulan itu, petani dan bomba bergegas ke ladang zaitun tersebut bagi memadam kebakaran yang tersebar di tiga kawasan.
Sementara itu, kira-kira 800 peneroka Yahudi yang dilindungi polis Israel menceroboh perkampungan Kafl Haris di utara Salfit dan melakukan ritual mistik berhampiran makan lama.
Mereka mendakwa bahawa makam di kawasan itu milik rabai Yahudi. - Middle East Monitor
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment