Kru MAS ditahan miliki heroin di Lapangan Terbang Melbourne
SHAH ALAM - Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan lelaki yang ditahan bersama dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Australia pada 13 Mei lalu adalah kabin kru syarikat mereka.
Perkara itu disahkan MAS dalam satu kenyataannya kepada Mstar.
Bagaimanapun, MAS berkata pihaknya tidak dapat memberikan kenyataan lanjut berhubung kes ini.
âPihak kami tidak dapat memberi kenyataan selanjutnya berikutan siasatan masih dijalankan serta tarikh perbicaraan mahkamah belum selesai.
âMAS juga sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa,â kata kenyataan tersebut.
Sebelum ini, Herald Sun dan Daily Mail Australia melaporkan seorang atendan penerbangan MAS warganegara Malaysia ditahan di Melbourne atas dakwaan menyeludup heroin bernilai AS$1.4 juta ke Australia.
Difahamkan, kru berusia 33 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne selepas didakwa mengimport 3.5 kilogram heroin dalam penerbangan komersil selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Para pegawai menyiasat lelaki tersebut dan didakwa menemui 10 bungkusan yang dibalut dengan pita pelekat.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment