MB gesa siasat kemalangan maut

Thursday, June 28, 2018

MB gesa siasat kemalangan maut

MB gesa siasat kemalangan maut

SHAH ALAM - Menteri Besar, Amirudin Shari memberitahu beliau sudah dimaklumkan berhubung kejadian kemalangan maut membabitkan seorang pelajar yang  dilanggar lori kompaktor Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tengahari tadi.

Menerusi akaun Twitter miliknya, beliau memaklumkan sudah menghubungi Datuk Bandar MBSA, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad​.

"Saya telah dimaklumkan mengenai tragedi kemalangan melibatkan seorang pelajar sekolah perempuan dan lori sampah MBSA. Saya telah menghubungi datuk bandar dan beliau memberi jaminan akan menyiasat kes ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa,"katanya menerusi status dimuat turun beliau sebentar tadi.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut dipercayai digilis sebuah lori dalam kejadian yang berlaku di Simpang Jalan Selayang Satu 27/27-Jalan Selayang Satu 27/27a kira-kira 1.35 tengah hari tadi.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata sewaktu kejadian, mangsa, Nor Syazrina Damia Mohd Nazrul Rafizi bersama seorang rakannya  melintas jalan sebelum dilanggar sebuah lori di lokasi kejadian.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment