Jazlan kekal jawatan Ketua Umno Bahagian Machang

Friday, June 29, 2018

Jazlan kekal jawatan Ketua Umno Bahagian Machang

Jazlan kekal jawatan Ketua Umno Bahagian Machang

MACHANG - Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menang tanpa bertanding sekali gus mengekalkan kerusi Ketua Umno Bahagian Machang pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Machang, di sini, hari ini.

Turut kekal dan menang tanpa bertanding, Timbalan Ketua Umno Bahagian Machang dan naib ketuanya, Wan Mohd Adnan Wan Aziz dan Ahmad Tarmizi Ismail.

Umno Bahagian Machang mengambil pendekatan tiada pertandingan di semua peringkat, bahagian mahu pun sayap parti bagi penggal 2018 - 2021 sebaliknya menekankan semangat juang dan kerjasama antara semua pihak tanpa mengira jawatan.

Bagi mereka, semua pemimpin, penyokong dan ahli Umno adalah satu keluarga besar yang sama-sama berperanan dalam membangunkan kembali parti keramat Melayu itu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment