Zahid dipilih Presiden Umno

Saturday, June 30, 2018

Zahid dipilih Presiden Umno

Zahid dipilih Presiden Umno

KUALA LUMPUR - Keputusan tidak rasmi setakat jam 9.30 malam ini, pemilihan Presiden Umno merekodkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahului saingan dengan 91 undi.

Manakala pencabarnya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memperoleh 72 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah mendapat 28 undi.

Sementara itu, untuk kerusi Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului dengan 103 undi, manakala Tan Sri Annuar Musa 88 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat 57undi, diikuti Datuk Seri Johari Abdul Ghani dengan 49 undi.

 Datuk Mohamed Khaled Nordin pula menerima 47 undi.

Mesyuarat perwakilan Umno bermula jam 9 pagi tadi serentak di 191 bahagian dengan agenda utama hanya untuk memilih barisan kepimpinan di peringkat bahagian dan majlis tertinggi bagi sesi 2018-2021.

Sebelum ini, beberapa keputusan peringkat bahagian membabitkan jawatan ketua bahagian telah diumumkan, antaranya termasuk bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan.

Sabtu lalu, Umno juga telah mengadakan mesyuarat perwakilan dan pemilihan bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment