Wanita warga Hong Kong ditemui selepas sesat 16 jam
KUANTAN - Seorang wanita warga Hong Kong yang dilaporkan hilang selama 16 jam kerana sesat di kawasan perkhemahan Pejabat Hutan Cameron Highlands berjaya ditemui dalam keadaan selamat tengah hari tadi.
Mangsa, Sau Mui, 67,dilaporkan hilang 8.30 malam tadi berjaya ditemui jam 12.44 tengahari hari oleh sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands sebelum dibawa keluar dari kawasan hutan tersebut.
Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian menimpa mangsa sebelum menggerakkan operasi mencari dan menyelamat.
Menurutnya, operasi digerakkan jam 9.22 malam tadi dengan pecahan beberapa sektor pencarian.
âOperasi malam tadi bagaimanapun dihentikan sementara sebelum disambung pada pagi ini dengan empat kumpulan penyelamat dipecahkan dengan fokus pencarian di laluan ke Gunung Berembun, laluan Pejabat Hutan ke Gunung Berembun dan dari ladang teh ke puncak,â katanya.
Mohd Sani berkata, wanita warga emas itu kemudian ditemui dilokasi berhampiran laluan turun dari puncak Gunung Berembun sebelum diberikan makanan dan minuman serta menerima rawatan awal.
Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Cameron Highlands untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, serama 16 pegawai dan anggota bomba terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa dan operasi ditamatkan jam 1.25 tengah hari selepas mangsa berjaya ditemui.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment