Hadiah buat zaujati, Ummu Atifi
GOMBAK - âKalaulah Mumtaz Mahal mendapat Taj Mahal sebagai lambang cinta daripada suaminya, Shah Jehan. Aku hanya mampu menyusun sebuah buku buat arwah isteriku, Mazlinda Mohd Nor atau Ummu Atifiâ.
Itu antara sebahagian perkongsian suami dan selaku penulis buku Kompilasi Mengingati Ummu Atifi, Ilhami Hisham.
Menurut Ilhami, beliau mahu mewujudkan fenomena baharu iaitu setiap pasangan menulis buku sebagai tanda peringatan kepada pasangan masing-masing apabila meninggal dunia kelak.
âSaya mahu setiap pasangan, masing-masing meninggalkan sesuatu buat suami atau isteri. Suami bila isteri meninggal, dia tulis buku dan begitulah sebaliknya. Ini adalah tanda ingatan buat pasangan.
âSaya juga mahu berkongsi dengan masyarakat untuk menulis ini, kita mesti ada persiapan awal. Saya sendiri pun sebaik sahaja arwah meninggal dunia, saya terus merangka buku ini,â katanya kepada Sinar Harian selepas majlis perasmian buku berkenaan, semalam.
Majlis perasmian buku ini disempurnakan Profesor Pengajian Dunia Melayu, Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Awang Sariyan.
Menceritakan mengenai buku ini, Ilhami menjelaskan buku ini didatangkan dalam dua versi iaitu berwarna dan hitam putih.
âBuku Kompilasi Mengingati Ummu Atifi mempunyai 250 halaman dengan memuatkan hampir 278 gambar arwah bersama keluarga dan kenalan sepanjang berjuang dalam melawan kanser.
âBuku ini menggabungkan kronologi sakit arwah dan turut diselitkan juga bagaimana pengurusan terhadap orang sakit terlantar,â katanya.
Beliau berkata, buku ini sudah berada di pasaran dan turut disertakan dengan tulisan-tulisan menarik mengenai kisah serta pengalaman lebih 100 sahabat penulis dan Allahyarham.
Tambah beliau lagi, kesudian sahabat menyumbang tulisan amatlah dihargai.
âBagi buku yang didatangkan dalam cetakan berwarna dijual dengan harga RM50 dan buku cetakan hitam putih adalah RM35.
âPembaca juga dipelawa berurusan dengan kami melalui Aplikasi WhatsApp di 01132714312 dan juga boleh layari laman Facebook, Ilhami Hisham,â terangnya.
Allahyarhamah dikesan menghidap penyakit kanser payudara sejak Julai 2015 dan pernah menjalani beberapa siri pembedahan.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Kampung Gentam pada 12 Julai 2017 dan meninggalkan lima anak yang masih kecil.
Allahyarhamah menyertai Kumpulan Media Karangkraf sebagai wartawan di Mingguan Wanita pada 1991 sebelum menyertai akhbar Eksklusif pada 1999.
Kemudian Allahyarhamah ditawarkan bertugas di Brunei selama lapan tahun sebelum menyertai Sinar Harian pada 2007.
Jawatan terakhir Allahyarhamah sebelum meninggal dunia adalah sebagai Editor GPS Bestari.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment