Hafreez Adam kena prank dengan Zara Zya
Demi mengejutkan kekasih hati sempena hari jadi, aktres Zara Zya sanggup jadi maskot di sebuah restoran, semalam.
Menerusi rakaman tersembunyi, pelakon, Hafreez Adam dilihat begitu teruja yang didatangi maskot bersama kek.
Tidak lama itu, maskot itu kemudiannya meminta pertolongan Hafreez untuk menanggalkan kepala maskot tersebut.
Setelah berjaya ditanggalkan, wajah Hafrezz bertukar lebih ceria selepas mengetahui maskot itu rupanya kekasihnya.
"Sorong papan tarik papan. Best tak kena prank? @hafreezadam Happy belated birthday awak," coret Zara.
Ditanya Zara kepada Hafreez bagaimana perasaannya;
"Rasa seperti kanak-kanak riang," katanya.
Rata-rata netizen menyifatkan pelakon Zara Zya seorang yang 'sweet'.
Pelakon drama bersiri Gantung ini mula rapat dengan Zara di set penggambaran drama Monalisa sejak sembilan bulan lalu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment