Kembali bersatu selepas pemilihan

Friday, June 29, 2018

Kembali bersatu selepas pemilihan

Kembali bersatu selepas pemilihan

SHAH ALAM - Semua ahli Umno diseru kembali meluruskan saf selepas pemilihan barisan kepimpinan tertinggi tamat, esok.

Calon Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata perpaduan ahli menjadi keutamaan demi misi merampas kembali Putrajaya.

"Apa jua keputusan pemilihan Majlis Tertinggi Umno esok kita perlu bersatu dan eratkan perpaduan semua ahli-ahli Umno baik yang menang atau yang kalah agar BN dapat merampas semula tampuk pemerintahan.

"Pemilihan kali ini amat sengit dan lebih terbuka. Keterbukaan ini amat besar maknanya dan ianya memberikan peluang kepada semua ahli Umno memilih kepimpinan yang akan menerajui Umno," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga sempat berharap kepimpinan kali ini lebih bersikap seorang pejuang Melayu dan mempertahankan hak-hak orang Melayu.

"Harapan saya kepada seluruh ahli-ahli Umno di seluruh negara agar dapat membuat pilihan bijak untuk kepimpinan 2018-2021 agar parti keramat Melayu ini tidak terkubur.

"Perjuangan ini belum selesai dan saya akan pastikan orang-orang Melayu dan pandangan orang muda terbela dan diambil berat oleh parti Umno ini jika dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi Umno," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment