Umno Johor sedia beri SPRM kerjasama

Friday, June 29, 2018

Umno Johor sedia beri SPRM kerjasama

Umno Johor sedia beri SPRM kerjasama

JOHOR BAHRU - Umno Johor sedia beri kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pembekuan akaun rasmi parti yang dikenakan agensi terbabit, semalam.

Setiausaha Perhubungan Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, pihaknya tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang harus ditakutkan kerana setiap transaksi dilakukan mempunyai rekod sahih.

Katanya,  akaun rasmi parti negeri itu  dimaklumkan telah dibekukan agensi terbabit, semalam.

Bagaimanapun, menurutnya, sehingga kini agensi berkenaan masih belum berhubung dengan parti untuk mengadakan sebarang pertemuan untuk melakukan siasatan.

“Kita harap siasatan ini dapat dilakukan secepat mungkin agar pembekuan akaun ini dapat diselesaikan.

“Lagipun tiada apa yang nak diselindung kerana semua pengaliran wang  diuruskan baik dan mempunyai rekod

“ Wang yang terdapat dalam akauan berkenaan adalah peruntukan babit pentadbiran dan program yang dianjurkan parti sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.   

Terdahulu, Pemangku tugas Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa SPRM telah membekukan akaun Umno ibu pejabat serta Umno Selangor.

Menurutnya, perkara itu diketahui setelah menerima panggilan telefon daripada agensi terbabit, semalam.

Katanya, tindakan yang sama juga akan dikenakan ke atas Umno Johor.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment