Pengantin umur 11 tahun tidak pernah tidur dengan suami

Saturday, June 30, 2018

Pengantin umur 11 tahun tidak pernah tidur dengan suami


Gadis yang berasal dari selatan Thailand itu turut mendedahkan sejak berkahwin dua minggu lalu mereka tidak pernah tidur bersama.

"Ramai yang marah 'abe' (abang) bila kami kahwin. Saya tidak mahu bercerai. Saya sayang abe. Saya akan tunggu lima tahun lagi untuk tinggal bersama.

"Sebelum hari raya, emak dan ayah memberitahu hajat abe untuk bernikah dengan saya. Saya terima dengan rela hati kerana saya sudah sayangkan abe," katanya, di sini hari ini.

Kanak-kanak terbabit dipercayai berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun itu pada 18 Jun lalu di negara jiran.

Kanak-kanak itu yang juga warga Thailand itu mengejutkan rakyat Malaysia apabila berkahwin dalam usia muda dan gambar perkahwinan mereka tular sejak malam tadi, selepas dimuat naik oleh isteri kedua lelaki itu, Siti Nor Azila Zulkifle, 34.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Ayu itu berkata, dia berkahwin dengan suaminya pada hari raya Aidilfitri keempat selepas dibawa oleh kedua ibu bapanya ke Selatan Thailand untuk berkahwin.

“Saya tahu saya masih muda dan tidak bersekolah, lagipun saya sudah lama kenal dengan Abe. Saya juga berkawan dengan anaknya.

“Saya begitu sayangkan Abe kerana Abe seorang yang baik,” katanya lagi.

Ibu bapa kepada kanak-kanak ini dikatakan menoreh getah di kebun milik menantu baharu mereka itu. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment