Zulkifli dipilih Ketua Umno Bahagian Tumpat
TUMPAT - Datuk Zulkifli Abdullah dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Tumpat yang baharu selepas menewaskan Pemangkunya, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.
Zulkifli memperoleh 510 undi manakala Mohd Rosdi mendapat 449 undi.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al -Busyraa sebelum ini adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tumpat.
Pemilihan Ketua Umno Bahagian Tumpat menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila Mohd Noor Yaacob dan Shamsudin Daud turut menawarkan diri.
Jawatan Ketua Umno Bahagian Tumpat dipangku Mohd Rosdi sejak 2014 apabila penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia.
Manakala Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat yang menyaksikan pertandingan enam penjuru dimenangi Rosidi Mahmud Kamaruddin.
Rosidi memperoleh 403 undi manakala pencabarnya Ab Kadir Yaacob mendapat 18 undi, Wan Mohd Sanusi Wan Yunus (154), Hashim Mohamad (258) dan Shuhaili Hussien (62).
Wan Mohd Sanusi adalah calon Dun Pasir Pekan manakala Hashim calon Dun Kelaboran pada PRU14 lalu.
Rosidi sebelum ini adalah Ketua Pemuda Umno Bahagian Tumpat.
Jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tumpat disandang Wan Hanapi Wan Yaacob yang menang tanpa bertanding.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment