Felda: Anak lapor semula tiga isu kepada SPRM

Thursday, June 28, 2018

Felda: Anak lapor semula tiga isu kepada SPRM

Felda: Anak lapor semula tiga isu kepada SPRM

PUTRAJAYA - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengemukakan semula tiga laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan sekutunya atas dakwaan wujud salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan urus niaga pembelian saham dan aset milik Felda dan anak syarikatnya.

Tiga laporan itu berkaitan isu penjualan saham Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dan Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures (FGV); Isu pembelian hotel di London, Kuching dan Kota Kinabalu oleh Felda Investment Corp (FIC); dan pembelian saham Eagle High Plantation oleh FIC Properties.

Laporan tersebut pernah dibuat pertubuhan itu sebelum ini, namun tidak mendapat tindakan susulan daripada SPRM.

Timbalan Presiden Anak, Mohd Nasaie Ismail berkata penyerahan semula laporan kes berkenaan bertujuan menyahut komitmen Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu yang menyatakan kesediaan untuk membuka semula siasatan terhadap kes lama.

“Ia juga dibuat bagi memenuhi usaha melakukan reformasi terhadap Felda di bawah pemerintahan baharu bagi mendapatkan semula wang milik Felda yang dipercayai diselewengkan pihak berkenaan,” katanya. Nasaie berkata, wujud keraguan berlakunya pecah amanah dan urus niaga-urus niaga itu menyebabkan Felda kerugian berbilion ringgit dan kehilangan aset berharga milik peneroka dan kakitangan Felda.

AKAN MENYUSUL



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment