KJ terima kekalahan dengan hati terbuka

Saturday, June 30, 2018

KJ terima kekalahan dengan hati terbuka

KJ terima kekalahan dengan hati terbuka

KUALA LUMPUR - Calon Presiden Umno, Khairy Jamaluddin menerima dengan hati terbuka kekalahannya dalam pemilihan Umno 2018.

Menurutnya, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Rembau dan Timbalan Ketua Bahagian Umno Rembau untuk mengukuhkan parti mendekati Umno dengan hati rakyat.

Beliau yakin barisan kepimpinan baharu Umno akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti.

"Lakukanlah perubahan yang total. Buktikan Umno mampu berubah ke arah lebih baik," katanya di Twitter.

Khairy turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memenangi jawatan itu.

"Juga kepada Tengku Razaleigh Hamzah atas penyertaan beliau sebagai seorang negarawan.

"Terima kasih kepada seluruh perwakilan Umno kerana berjaya meraikan demokrasi dalam parti," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment