Terbabas sendiri penyumbang utama nahas maut

Wednesday, June 27, 2018

Terbabas sendiri penyumbang utama nahas maut

Terbabas sendiri penyumbang utama nahas maut

KUALA LUMPUR - Faktor terbabas sendiri menjadi penyumbang utama kepada punca kemalangan maut sepanjang Ops Selamat 13/2018 sempena Aidilfitri lalu apabila mencatatkan 142 kes daripada jumlah keseluruhan sebanyak 235.

Bagaimanapun, kemalangan maut pada Ops Selamat kali ini menunjukkan penurunan sebanyak empat kes atau 1.7 peratus berbanding Op Selamat 11/2017 yang mencatatkan 257 kes.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sebanyak 22,411 kemalangan direkodkan sepanjang Ops Selamat kali ini berbanding 22,402 kes pada Aidilfitri tahun lalu sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak sembilan kes.

Menurutnya, kemalangan maut mencatatkan 235 kes dengan jumlah kematian yang direkodkan sebanyak 248 kes, berbanding 257 kematian pada tahun lalu, penurunan sebanyak sembilan kes.

“Analisis terhadap Ops Selamat 13 menunjukkan faktor terbabas sendiri menjadi punca utama kemalangan maut, dengan catatan sebanyak 142 kes selain masuk laluan bertentangan dan cuai ketika keluar simpang.

“Selain itu, statistik juga merekodkan pengguna motosikal penyumbang utama bagi kes kematian dengan 148 kes, kereta (74 kematian), pejalan kaki (12 kematian), lori (4 kematian), van (1 kematian), bas (1 kematian) dan lain-lain dengan tujuh kematian,” katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 13/2018 Sempena Aidilfitri di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman,  Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor.

Dalam majlis itu, Kontinjen Pulau Pinang mendapat anugerah Kontinjen Terbaik dalam Ops Selamat pada kali ini, manakala Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Utara merangkul kemenangan bagi kategori Daerah Terbaik.

Mengulas lanjut, sepanjang Ops Selamat kali ini juga, sebanyak 343,863 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Kita juga mengesan seramai 48 orang dilaporkan positif dadah,” katanya.

Manakala, sebanyak 37,973 laporan balik kampung telah diterima pihaknya walaupun ia mencatatkan penurunan sebanyak 2,184 laporan berbanding tahun sebelumnya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment