Bidang fisioterapi kurang penting?
DALAM industri penjagaan kesihatan, fisioterapi bukan bidang yang asing dalam masyarakat hari ini, tetapi ramai yang masih berpendapat fisioterapi adalah sesuatu yang kurang penting, walaupun ia dapat mempercepatkan proses pemulihan mereka.
Menurut Pengarah yang juga Perunding Fisioterapi Miracle Phisiotherapy. Rehabilitation & Pain Clinic, Harjinder Singn Bains, fungsi utama fisioterapi adalah membantu pesakit untuk sembuh dan kembali kepada keadaan asal dari segi fungsi pergerakan fizikal dan kesihatan secara keseluruhan.
"Pesakit yang melalui trauma fizikal memerlukan sesi fisioterapi bagi membantu individu terbabit kembali kepada keadaan asal di samping menyesuaikan diri dengan keadaan fizikal yang baru.
"Contohnya, sesi fisioterapi dapat membantu pesakit untuk belajar menggunakan anggota badan ketika sebahagian daripada anggota yang memerlukan rawatan tidak dapat digunakan atau selepas kehilangan sebahagian daripada anggota asal," katanya.
Pun begitu, biarpun bidang fisioterapi ini sedang berkembang di Malaysia, namun kekurangan kesedaran, menjadi isu utama apabila orang ramai tidak sedar kepentingannya untuk mempercepatkan proses pemulihan.
Ia faktor utama pelajar tidak memilih fisioterapi sebagai program pilihan mereka.
"Sebenarnya, fisioterapi ialah bidang yang mempunyai peluang pekerjaan yang luas. Ia bukan sahaja diperlukan di hospital kerajaan, malah lebih banyak tempat yang memerlukan ahli fisioterapi seperti pusat jagaan orang tua dan hospital swasta.
"Bidang ini mempunyai permintaan yang tinggi daripada industri di samping menawarkan pendapatan agak tinggi.
"Tetapi kekangan yang dihadapi dalam bidang ini ialah tenaga kerja apabila generasi muda masih tidak sedar kepentingan ahli fisioterapi dan pembangunan masa depan dalam bidang ini," ujarnya.
Kecederaan otot yang sering berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti lasak atau bersukan yang salah tekniknya sehingga mudah mengalami kecederaan otot atau anggota badan lain.
Justeru, selain mengurut yang sinonim dengan budaya kita, fisioterapi adalah lebih baik untuk mengatasi masalah keradangan otot tersebut.
Nak sukan, regangkan otot dahulu
Tidak penting juga, sama ada lelaki atau wanita, anak-anak atau atlet sukan, Harjinder Singn Bains menasihati mereka semua untuk melakukan sesi regangan terlebih dahulu sebelum melakukan acara sebenar.
Menurutnya, setiap latihan harus mempunyai satu aktiviti memanaskan badan yang akan melibatkan berjoging sekurang-kurangnya selama lima minit.
"Ini akan diikuti dengan latihan-latihan regangan. Kemudian latih tubi dilakukan, diikuti acara sebenar, serta sesi tersebut akan diakhiri dengan 'cooling down'.
"Banyak faedah akan diperoleh jika melakukan sesi regangan terlebih dahulu iaitu kelajuan akan bertambah dan kemungkinan untuk mengalami kecederaan juga rendah," jelasnya.
Terapi laser
Dalam kepesatan teknologi kini juga, bidang fisioterapi turut mengalami perkembangan yang sama di mana, terdapat kaedah baharu yang dapat memberi manfaat berguna kepada kaedah rawatan fisioterapi.
Salah satunya adalah terapi laser. Terapi laser ini sering digunakan untuk melakukan penyembuhan luka yang teruk termasuk kecederaan yang berkaitan dengan lesi kencing (gangren).
Rawatan ini berkesan untuk kedua-dua kecederaan baru dan keadaan jangka panjang (kronik). Sering kali, pesakit yang telah tidak berupaya atau dihadkan oleh rasa sakit selama bertahun-tahun dapat menghidupkan semula gaya hidup aktif dan sihat dalam beberapa minggu.
Ia hampir menghapuskan keradangan dan kesakitan, mengembalikan fungsi badan yang normal tanpa menggunakan ubat penghilang rasa sakit, bukan toksik dan bukan invasif dan meningkatkan kualiti keseluruhan kehidupan.
Ia juga membantu pembaikan tisu seperti sprains ligamen dan strain, luka, pembalikan luka, luka bed, ulser, air mata otot, kecederaan sukan dan luka.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment