Menteri tidak faham tuntutan pemandu teksi - Persatuan teksi

Thursday, June 28, 2018

Menteri tidak faham tuntutan pemandu teksi - Persatuan teksi


Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, pihaknya tidak pernah membantah atau meminta kerajaan mengharamkan e-hailing, sebaliknya menuntut pengharaman aplikasi-aplikasi yang telah disalahgunakan seperti Grab, Gabir dan MyCar.

Katanya, Siew Fook sehingga hari ini masih belum mengadakan perjumpaan dengan persatuannya sekali gus tidak faham apa yang tuntut oleh kumpulan pemandu teksi.

“Merujuk kembali kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, kami melahirkan rasa kesal dan kecewa. Daripada pengamatan, kami yakin Siew Fook sebenarnya tidak faham apa yang kami tuntut dan apa yang kami bantah.

“Kami tidak menafikan e-hailing telah diguna pakai di seluruh dunia, tetapi persoalannya adakah menteri tahu atau sedar di luar negara, e-hailing hanya digunakan kepada kenderaan-kenderaan teksi yang sah dan bukannya kepada kenderaan-kenderaan persendirian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Siew Fook menyatakan Kabinet bersetuju untuk tidak menghentikan perkhidmatan e-hailing sebaliknya akan mewujudkan peraturan baharu bagi perkhidmatan tersebut.

Menurutnya, perkhidmatan e-hailing tidak dapat diharamkan kerana telah menjadi trend perkhidmatan di peringkat antarabangsa.-UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment