Jangan burukkan keadaan: Nadzmi Adhwa

Thursday, June 28, 2018

Jangan burukkan keadaan: Nadzmi Adhwa

Jangan burukkan keadaan: Nadzmi Adhwa

PELAKON, Nadzmi Adhwa memberitahu netizen agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh memburukkan keadaan sekali gus mengundang fitnah.

Jelas Nadzmi ekoran sakit yang dihidapi oleh teman rapatnya juga seorang pelakon dan pengacara iaitu Ardell Aryana.

"Saya berharap netizen tidak membuat atau menambah apa-apa spekulasi tentang sahabat saya tentang apa yang dialaminya. Mohon jasa baik semua.

"Kerana pelbagai andaian ini akan memburukkan keadaan dan menimbulkan fitnah. Terima kasih," katanya.

Susulan itu, Nadzmi, 26, yang juga merupakan bekas hos program travelog, Jalan Jalan Makan Angin, turut memberi jawapan yang sama kepada Sinar Harian.

"Tak ada lah, itu hanya andaian orang sahaja," ujar Nadzmi.

Sementara itu, Ardell masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung sakit yang dialaminya.

Terbaharu, Nadzmi, di ruang komen pada posting yang ditujukan kepada Ardell kini sudah ditutup.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment