'Yuran untuk tanggung kos pemilihan PKR: Wan Azizah

Thursday, June 28, 2018

'Yuran untuk tanggung kos pemilihan PKR: Wan Azizah

'Yuran untuk tanggung kos pemilihan PKR: Wan Azizah

SHAH ALAM - Semua ahli PKR yang berhasrat untuk bertanding dalam pemilihan parti Ogos ini, perlu membayar yuran penyertaan mengikut kadar yang ditetapkan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, bagaimanapun penetapan kadar yuran bagi pertandingan jawatan kepimpinan pusat serta cabang itu diputuskan dalam mesyuarat pemimpin tertinggi parti.

"Memang ada dalam pekliling kita dan parti juga sudah bermesyuarat...Kita juga tak ada institusi kerajaan yang menanggung.

"Ini adalah urusan parti dan ia dibuat agar kita sama-sama dapat menanggung kos pemilihan nanti,"katanya kepada pemberita selepas mengahdiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Institut Darul Ehsan (IDE) di Seksyen 15, di sini, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai peraturan pemilihan PKR yang menetapkan syarat kepada ahli yang ingin bertanding untuk membayar yuran mengikut kadar tertentu.

Berdasarkan maklumat yang tersebar, calon bagi jawatan Presiden perlu membayar RM25,000, Timbalan Presiden sebanyak RM20,000, Naib Presiden RM10,000, manakala Ahli Majlis Kepeimpinan Pusat RM5,000.

Pemilihan diperingkat sayap pula menetapkan kadar sebanyak RM10,000 bagi jawatan ketua, timbalan ketua (RM7,000), naib ketua (RM5,000) dan ahli majlis kepeimpinan (RM3,000).

Bagi yang bertanding di peringkat cabang pula dikenakan yuran antara RM500 hingga RM200.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment