Pak Pandir telah pergi meninggalkan kita...

Friday, June 29, 2018

Pak Pandir telah pergi meninggalkan kita...

Pak Pandir telah pergi meninggalkan kita...

PENYANYI era 90-an yang popular dengan lagu Yang Remeh Temeh, Pak Pandir telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang sekitar jam 4.30 petang tadi.

Pak Pandir atau nama sebenarnya Azmi Ali, 62, sebelum ini dimasukkan ke wad kecemasan kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair pada Selasa lalu.

Pak Pandir meninggalkan isteri, Rosmi Salmiah dan tujuh orang anak serta tiga cucu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Annur Kantan Permai, Kajang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan.

Majlis tahlil diadakan selepas solat isyak di kediaman Allahyarham di Kajang.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment