Muka baharu terajui Umno Sri Gading

Saturday, June 30, 2018

Muka baharu terajui Umno Sri Gading

Muka baharu terajui Umno Sri Gading

BATU PAHAT - Pimpinan Umno Bahagian Sri Gading menampilkan muka baharu bagi jawatan ketua apabila penyandangnya, Datuk Ab Aziz Kaprawi mengambil keputusan untuk bersara dalam bidang politik dan menumpukan perhatian kepada keluarga dan perniagaannya selepas ini.

Jawatan berkenaan kini disandang Datuk Ali Shikh Ahmad dan dibantu Timbalannya yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sri Gading, Mohd Lassim Burhan.

Ab Aziz berkata, setelah 30 tahun bermula 1988 aktif dalam bidang politik, kini telah sampai masa untuknya berehat dan memberikan peluang kepada muka baharu untuk memperkasa Umno secara keseluruhannya.

Menurutnya, diharapkan dengan kepimpinan yang baharu ini Umno akan mampu meraih sokongan dan dalam masa yang sama akan mampu mengekalkan keharmonian dan perpaduan.

“Saya melepaskan jawatan ini kerana mahu menunaikan janji saya yang saya katakan sebelum PRU lalu, jika saya saya kalah saya tidak akan mengekalkan satu jawatan pun dalam parti, namun akan menjadi individu yang menyokong Umno daripada belakang.

“Saya juga bersedia memberikan khidmat berdasarkan rasa cinta saya pada parti ini. Sekiranya diperlukan dan ia lebih kepada sokongan terhadap Umno,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading

Katanya, dia juga mengharapkan perselisihan yang berlaku sebelum ini yang mengakibatkan parti Umno terpecah tidak akan berulang dan kini sudah tiba masanya untuk mengukuhkan perpaduan demi kepentingan masa depan orang Melayu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment