Shinkansen Hello Kitty mula beroperasi hari ini

Saturday, June 30, 2018

Shinkansen Hello Kitty mula beroperasi hari ini

Shinkansen Hello Kitty mula beroperasi hari ini

TOKYO - JEPUN. Kereta api laju atau shinkansen bertemakan 'Hello Kity' berwarna merah jambu mula beroperasi di Jepun, hari ini.

Shinkansen khas itu memulakan operasi sulungnya antara Osaka dan Fukuoka, yang menghubungkan barat dan selatan Jepun.

Firma West Japan Railway berkata, shinkansn itu akan beroperasi selama tiga bulan sehingga September ini.

Rata-rata penumpang terpegun dengan watak Hello Kitty yang tersenyum memenuhi setiap tingkap dan pelapik kerusi.

Satu gerabak memaparkan patung Hello Kitty bersaiz sebenar, menurut penciptanya, Sanrio supaya peminat boleh mengambil swafoto.

Semasa tiba di perhentian terakhirnya di Osaka, beratus-ratus peminat menunggu ketibaan kereta api khas itu sambil bersorak dan tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebelum ia menuju ke Fukuoka.

Hello Kitty dicipta pada 1974 oleh syarikat Jepun, Sanrio Co dan menjadi ikon global serta mempunyai peminat di semua peringkat umur.

Ia turut menghiasi segala-galanya daripada bekas pensil dan baju tidur sehinggalah bas dua tingkat dan pesawat. - AP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment