Cacing dalam tin sardin: Tiada sesiapa jadi mangsa

Wednesday, June 27, 2018

Cacing dalam tin sardin: Tiada sesiapa jadi mangsa


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada sesiapa yang menjadi mangsa berikutan isu cacing dalam tin sardin yang diimport dari China.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah pencegahan telah diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berulang.
"Memang kita telah sahkan ia merupakan tin sardin dari negara China dan maklum mengenai jenama tin sardin tersebut.

"Kita telah ambil tindakan untuk tidak import sardin dari China," katanya ketika ditemui pada satu sidang media di Putrajaya pada Rabu.
 
Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.

BACA: Cacing sebabkan penyakit dijumpai dalam sampel tin sardin dari China






sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment