29 awek tukang urut dicekup

Wednesday, June 27, 2018

29 awek tukang urut dicekup

29 awek tukang urut dicekup

KUALA LUMPUR - Seramai 29 gadis tukang urut dicekup dalam serbuan serentak, awal pagi tadi, di Jalan Ampang, di sini dan di Puchong, Selangor.

Serbuan itu dilakukan susulan aduan orang awam terhadap kewujudan premis refleksologi yang menawarkan perkhidmatan seks selain menimbulkan kegusaran kepada orang awam.

Selain itu, seramai tujuh lelaki warga asing turut ditahan kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen selain lima warga tempatan yang juga majikan kepada GRO.

Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya berkata, kewujudan rumah urut ini menimbulkan banyak kegusaran bukan sahaja kepada orang awam, malah golongan isteri kerana aktiviti itu antara faktor keruntuhan institusi kekeluargaan.

"Bertindak atas aduan, Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya telak melaksanakan operasi dan pemeriksaan di lokasi tersebut yang dipercayai menawarkan khidmat tukang urut wanita warga asing.

"Seramai 29 wanita dari pelbagai negara dan 12 lelaki membabitkan tujuh warga asing dan lima warga tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan Imigresen," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kesemua tahanan kemudian ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan susulan.

Mengulas lanjut, banyak aduan awam diterima berhubung kewujudan premis pusat urut yang menawarkan khidmat wanita warga asing sebagai tukang urut malah, ada juga yang beroperasi sebagai pusat kesihatan keluarga dan aktivitinya disyaki turut juga menawarkan kegiatan yang tidak bermoral.

"Masalah sosial dan keruntuhan institusi keluarga juga mengundang kepada peningkatan aduan yang diterima kebanyakannya dari orang awam yang terdiri dari suri rumah serta individu yang prihatin. Jabatan berharap agar rakyat sentiasa menjadi mata dan telinga Jabatan Imigresen bagi membantu membanteras lambakan serta salah guna pas dalam kalangan warga asing," katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment