Penantian 38 tahun berakhir
BENTONG - Penantian 38 tahun peneroka Felda Tersat untuk memiliki tanah berakhir semalam selepas menerima geran berkenaan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Majlis penyampaian geran yang diadakan di Masjid Felda Tersang 2, di sini diibaratkan sebagai hadiah hari raya kepada 501 peneroka terbabit.
Peneroka yang ditemui, Sharif bin Saroni, 67 berkata, dia tiba di tanah rancangan itu pada tahun 1980 dan kini penat lelahnya berbalas dengan penerimaan hak milik tanah berkenaan.
âKami mula masuk ke kawasan Felda Tersang 2 sekitar tahun 1980. Sudah tentunya pelbagai cabaran dan kesusahan dilalui.
âNamun kerajaan negeri cakna, hari ini kami para peneroka Felda dapat menikmati pelbagai kemudahan termasuk jalan raya yang selesa dilalui.
âTanpa sokongan kerajaan dan pihak Felda sudah pasti segala yang kami nikmati ini tidak akan dirasai. Hanya ucapan terima kasih dapat diucapkan kepada semua yang terlibat,â katanya.
Bagi Zainab Hashim, 56, dirinya seakan tidak percaya mendapat tahu geran hak milik yang sekian lama dinantikan itu disampaikan sendiri oleh pemimpin nombor satu negeri.
âGeran hak milik ini adalah hadiah paling bermakna buat saya, rasa sangat gembira kerana dapat jumpa menteri besar. Terima kasih kepada semua pihak yang berkaitan. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi mereka,â katanya.
Sementara itu, Che Rohasin Husin, 64 bersyukur kerana tanah yang diteroka dan diusahakan sejak lebih 30 tahun lalu kini menjadi miliknya.
âSeramai 501 peneroka asal termasuk saya sendiri yang membuka tanah di sini dan kebanyakan mereka sudah meninggal dunia tanpa sempat memiliki geran hak milik tanah.
âSebak mengenangkan jerih payah kami memajukan tanah di sini dan akhirnya mendapat pengiktirafan apabila menteri besar sendiri yang menyerahkan hak milik,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment