Raya bergaya dengan jam tangan baharu

Saturday, June 30, 2018

Raya bergaya dengan jam tangan baharu

Raya bergaya dengan jam tangan baharu

MASIH dalam mood Aidilfitri dan masa untuk anda bergaya! Serlahkan gaya dengan salah satu daripada jam-jam versatil ini, yang pasti menarik apabila dipadankan bersama busana raya!

DKNY THE MODERNIST (NY2737) RM699

Jam tangan DKNY ini sesuai untuk si pemakai yang gemarkan jam keluli tahan karat, namun masih mengekalkan ciri-ciri kewanitaan. Rona hitam pada dial jam beri sedikit kelainan pada rekaan klasiknya, padan dengan gaya minimal jenama DKNY.

Michael Kors PYPER (MK2741) RM769

Penciptaan semula jam tangan ikonik Michael Kors Pyper dengan warna rose gold. Jam tangan yang tampak berani ini diberikan sentuhan lembut dengan warna yang amat digemari oleh kaum wanita pada musim ini. Dial klasik yang menonjol pada jam ini sesuai dipadankan dengan apa sahaja warna baju pilihan anda.

 Emporio Armani (AR11122) RM1219

Jam tangan Emporio Armani dengan tali keluli tahan karat yang tipis ini sangat versatil kerana boleh juga digayakan sebagai aksesori pelengkap gaya. Apa yang lebih menarik mengenai jam tangan ini adalah dialnya yang berkilau. Sesuai digayakan pada hari lebaran untuk pertemuan kasual mahupun majlis yang lebih glamor.  

Marc Jacobs CLASSIC (MJ3595) RM1129

Marc Jacobs telah mengorak langkah berbeza dengan memperkenalkan rekaan terbaharu jam tangan klasik bercirikan genre grunge. Jam tangan gelang berantai ini sesuai digayakan pada bila-bila masa dengan pilihan warna perak atau rose gold yang akan menyerlahkan lagi gaya si pemakai.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment