505 barang tiruan disita
IPOH â" Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak berjaya melumpuhkan sindiket penjualan barang tiruan di dua premis di sebuah kompleks jualan borong di Ipoh dalam satu serbuan, semalam.
Serbuan jam 2 petang itu berjaya merampas 505 barangan pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM5,150.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, antara yang dirampas adalah barangan berjenama daripada Nike, Puma, Adidas, Leviâs dan Manchester United yang menggunakan perihal dagangan palsu.
Menurutnya, risikan selama dua minggu mendapati, kedua-dua premis berkenaan menjalankan aktiviti pembekalan barang tiruan berjenama untuk pasaran runcit seluruh negeri ini.
âPada awal serbuan, peniaga seperti sudah dapat menghidu kehadiran anggota kita dan cuba untuk menutup perniagaan, namun tindakan itu dapat dihalang pegawai risikan kita yang menyamar sebagai pelanggan.
âKedua-dua premis itu yang beroperasi antara satu hingga empat tahun, menjual barangan berjenama tiruan secara borong dengan menawarkan harga murah pada kualiti rendah,â katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, dua lelaki masing-masing berusia 29 dan 44 tahun mengaku sebagai pemilik syarikat ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 8 (2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.
Katanya, sejak Jun tahun lalu hingga kini, sebanyak 16 kes melibatkan isu perihal dagangan palsu atau barang tiruan telah dihasilkan melibatkan nilai rampasan lebih RM1 juta.
âBagi menangani masalah penjualan barang tiruan berjenama ini, kita akan meningkatkan pemeriksaan dari rantaian pasaran di peringkat akar umbi iaitu pengilang dan pemborong,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment