Hidupkan semula projek kereta Malaysia-Indonesia: Tun M

Friday, June 29, 2018

Hidupkan semula projek kereta Malaysia-Indonesia: Tun M

Hidupkan semula projek kereta Malaysia-Indonesia: Tun M

JAKARTA - Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan untuk menghidupkan semula projek kereta Malaysia-Indonesia untuk pasaran Asean. 

Dr Mahathir berkata, idea itu pernah diketengahkannya pada Februari 2015 semasa memandu uji sebuah kereta Proton dengan Presiden Indonesia Joko Widodo duduk  di bahagian penumpang hadapan.

“Ketika  itu, saya bukan lagi Perdana Menteri dan saya memandu 180 kilometer sejam di litar uji Sepang.           

“Bapak Presiden (Jokowi) tidak merungut apa-apa (ketika kereta itu dipandu laju) ” kata beliau dalam sidang media bersama-sama Jokowi di sini, hari ini.

Sebelum itu, Jokowi ketika mengimbau pengalaman itu, berkata beliau  tidak bimbang kerana yang memandu adalah Dr Mahathir.

"Saya tidak takut kerana pemandunya ialah Pak Mahathir," katanya.

Dr Mahathir dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Indonesia, negara pertama Asia Tenggara yang dikunjunginya selepas menyandang jawatan Perdana Menteri susulan kemenangan menakjubkan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum Mei lepas.

Beliau akan pulang ke Kuala Lumpur petang ini. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment