KSM kaji petunjuk utama kos tenaga buruh

Friday, June 29, 2018

KSM kaji petunjuk utama kos tenaga buruh

KSM kaji petunjuk utama kos tenaga buruh

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini memohon majikan yang menerima kajian dan soal selidik berhubung tenaga kerja kebangsaan 2017 agar melengkapkan kajian tersebut sebelum 15 Julai ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, KSM  berkata Kajian Penyata Guna Tenaga Kebangsaan 2018 dan Soal Selidik Kos Tenaga Kerja Kebangsaan 2017 itu bertujuan  mengemas kini profil tenaga kerja Malaysia serta mengenal pasti petunjuk utama kos tenaga kerja.

Kajian yang dijalankan melalui Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) itu turut mengenal pasti petunjuk pasaran buruh bagi gaji/upah dan faedah pekerja, jam bekerja, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan mengikut industri.

"Kajian ini juga boleh membantu kerajaan dalam menggubal dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan modal insan di Malaysia," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut KSM, kedua-dua kajian itu melibatkan majikan di sektor swasta meliputi semua industri di seluruh negara sebagaimana dinyatakan dalam Malaysia Standard Industry Classification dan Malaysian Standard Classification of Occupation.

"Kegagalan melengkapkan borang soal selidik ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Maklumat Pekerjaan 1953,รข€ katanya.

KSM berkata, majikan boleh menghubungi ILMIA di talian 03-8318 2433 untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment