Lima maut pejabat akhbar Capital Gazette diserang
sumber: utusan
Menurut polis, suspek yang bersenjata senapang atau senapang patah adalah lelaki kulit putih dan beliau sudah ditahan bagi disoal siasat.
Suspek dipercayai bertindak bersendirian dalam insiden itu.
Saksi yang juga wartawan akhbar harian terbabit, Phil David dalam mesej di Twitter, menceritakan mengenai seorang lelaki menembak menerusi pintu kaca pejabat itu ke arah beberapa pekerja.
âTiada apa yang lebih menakutkan berbanding mendengar beberapa orang ditembak ketika kamu berada di bawah meja dan kemudian kamu mendengar penembak mengisi peluru ke dalam senapangnya,â katanya. - AFP
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment