'Najib, terus terang sajalah...' - Lim Guan Eng
SERI KEMBANGAN: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dianggap berselindung dengan fakta sebenar apabila menafikan hutang negara kini mencecah RM1 trilion.
Biarpun tidak menafikan hutang langsung negara berjumlah RM687 billion, namun angka RM1 trilion itu adalah mengambil kira hutang dari Jaminan Kerajaan, antaranya seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya menafikan dakwaan Datuk Seri Najib berkenaan hutang negara kononnya tidak sampai RM1 trilion.
"Mengapa beliau perlu berselindung di sebalik definisi hutang? Berterus terang sahajalah," kata Lim.
Lim berkata kerajaan memutuskan untuk mengklasifikasikan Jaminan Kerajaan sebagai hutang langsung kerana ketidakupayaan pihak terlibat untuk menyelesaikan hutang mereka dan ia kini perlu ditanggung kerajaan.
Lim ditemui ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan hari raya di Palace of the Golden Horses, pada Rabu.
Dalam majlis anjuran Country Heights Holding Berhad itu, sebanyak 844 keluarga kurang berkemampuan dan 156 anak yatim dari seluruh negara menerima sumbangan berupa keperluan hari raya dan dana persekolahan.
sumber: astroawani

"Angka yang disebut kerajaan adalah termasuk Jaminan Kerajaan yang kini telah menjadi hutang langsung negara, sebagai contoh 1MDB.
"Mengapa beliau perlu berselindung di sebalik definisi hutang? Berterus terang sahajalah," kata Lim.
Lim berkata kerajaan memutuskan untuk mengklasifikasikan Jaminan Kerajaan sebagai hutang langsung kerana ketidakupayaan pihak terlibat untuk menyelesaikan hutang mereka dan ia kini perlu ditanggung kerajaan.
Lim ditemui ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan hari raya di Palace of the Golden Horses, pada Rabu.
Dalam majlis anjuran Country Heights Holding Berhad itu, sebanyak 844 keluarga kurang berkemampuan dan 156 anak yatim dari seluruh negara menerima sumbangan berupa keperluan hari raya dan dana persekolahan.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment